Malay LanguageProgram STELLAR telah diperkenalkan di peringkat darjah 1 dan 2 sebagai usaha meningkatkan kecemerlangan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Keming sangat beruntung kerana dapat menerajui projek ini dalam Bahasa Melayu.Projek perintis yang melibatkan kerjasama pihak MOE dan Unit Perancangan Kurikulum (CPDD) ini adalah di antara yang pertama di Singapura. Program STELLAR menyokong dan melengkapi program SEED yang sedia ada bagi menyiapkan sebuah rangka yang lebih berkesan dan menarik dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Program ini juga menerapkan kemahiran am di dalam diri para pelajar seperti kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerjasama dan berkomunikasi di samping mengasah kemahiran mendengar, bertutur, membaca serta menulis. Langkah ini diharapkan dapat menggalakkan kesungguhan dan sikap berdikari di kalangan para pelajar di dalam menimba ilmu.
|
||||
|
WordPress · BFA Wordpress Templates · Premium Wordpress Templates |